Saturday, November 21, 2009

30Hb erm cuti habis..........

ARGHHHHH........ bila la nak sampai turn aku lak naik kapal ni .............member aku yang standby awal bulan sebelas skang ni kat no 6 dalam standby waiting list.......NOR dah hantar tapi dapat naik bila lah kapal aku pun x tahu lah.........kalu ikut kiraan aku paling awal dapat naik pun awal bulan 4 tahun 2010.... jangkaan aku benar atau tidak........ releiver yang releive aku kat M.V.Bunga Mas 9 hari tu pun dua-2 third mate standby untuk 4-5 bulan pergh aku ni tak tahu lah kalu dapat standby lama2 mati kutu lah aku nampaknya............. ni nak habiskan 1 minggu cuti yang berbaki ni pun habis membuat ni pun dah masuk 2 hari kerja aku berjaga malam dan tidur di siang hari....... kalau aku tidur waktu siang terasa masa berlalu tu cepat jaaa........
Kalau aku berjaga waktu siang dan yang paling sedih kalau berjaga pada jam 8 ppagi habis mati akal aku wat perancangan.... memancinglah buat bodoh la yang paling selalu huhuhuhuhuhh..........basikal ku pun dah lam x ku kayuh terasa nak kayuh balik pun ada erm tgk lah kalu x tau gak nak bbuat apa ....... essok boleh lah aku start balik kayuh basikal dah lama gak x kayuh..... cari stamina balik lah.........

Monday, November 16, 2009

MISC Dulu Kini Dan Sekarang.......

Misc......alhamdullilah aku dari seorang budak kampung yang bermasalah kini berkerja dengan sebuah syarikat perkapalan yang besar di malaysia...... syarikat ini yang dahulu nya bermula dengan sebuah kapal kini telah berkembang ke 116 termasuk dengan kapal offshore . terima kasih kepada pelaut terdahulu kerana bnyak menyumbang ke arah kejayaan hari ini..... sedang syarikat syarikat besar yang lain turut menerima kesan dari akibat kemelesetan ekonomi kini ... inikan pula sebuah syarikat yang bergantung ke atas eksport import....
Mungkin bnyak yang x sedar ... Misc cuba memberi yang terbaik kepada pelaut pelaut nya tapi kenapa masih ramai yang x sedar akan apa yang telah di berikan misc... dari tiada nilai kita pelaut telah d asuh sehingga kita bernilai.... kalau susu diberikan x kan tuba yang kita blas......
sekarng syarikat misc mungkin ada masalah tetapi kita pelaut masih belum di buang kerja sewenang wenangnya. masih di beri duit standby jika kita hantar notice of readiness(NOR) dan tak dipanggil untuk naik ke kapal kerana tiada kekosongan...... aku masih untung bekerja denagn misc walau aku pun selalu mencemuh tapi kini aku sedari yang syarikat misc ni juga cuba memberi kepada kita yang terbaik .....

Tuesday, October 13, 2009

Wanita dan Pelaut..........

Wanita dan pelaut.............
Herm susah gak nak di rungkaikan......
isu ni selepas terbaca mesej dari kawan yang juga pelaut dan akibat menjadi pelaut ...........
Member aku ni tergolong dari golongan yang hensem gak tapi mungkin susah nak dapat awek agaknya dah berumur 27 masih belum ada kekasih...perempuan yang ada hanya mendampingi beliau hanya untuk kesenaganan sahaja....maksud aku apabila nak di belikan beg baru..baju baru... dan macam2 lagilah..... Tapi masih bnyak lagi WANITA di luar sana yang dapat menerima kerjaya pelaut ini dan orang2 nya sekali hahhahah.....MASIH ADA kan......
tak kurang juga berapa ramai kawan kawan aku bercouple macam dah confirm akan kahwin akhirnya berpisah punca diri sendiri.... ada juga famili pihak perempuan yang x dapat menerima kerjaya kami ini pelaut.... PELAUT/SEAMAN/SEAFEARER herm masih ada orang2 tua di luar sana yang masih berpikiran pelaut ini kaki perempuan,kaki mabuk dan macam2 lagi lah....... ada juga yang dah couple bertahun2 akhirnya berasa bosan untuk menanti pelaut ini 6bulan d laut 3 bulan d daratan.....alasan kerana berjaya menemui orang yang bekerja d daratan herm alasan semua tu kenapa masih ada pelaut bahgia di samping wanita yang dapat mnerima kerjaya pelaut ini.....namun ada juga pelaut yang tewas dalam mengemudi haluan bahtera sendiri...tapi harapan aku agar wanita yang ku pilih ini adalh wanita yang dapat membahgiakan aku dan dapat terus menanti aku sepanjang pelayaran ku..... sedari lah wanita yang mempunyai kekasih atau suami yang belayar d lautan sana bagaimana anda rasakan rindu..hilang tempat mengadu.. begitu jugalah kami pelaut yang melayari keseorangan hanya berteman2 teman yang senasib dengan kami.......
Kepada pelutpelaut yang bakal berkahwin semoga berbahgia kemudilah bahtera anda dengan baik.......

Sunday, October 11, 2009

Kerjaya Aku.... pelaut.........

Erm ramai tertanya2 apa kerja aku dan macam mana aku bekerja......
Aku masuk ALAM(MMA) akademi laut malaysia/malaysia maritime academy pada tahun May 2003...berjaya menamatkan pelajaran aku pada tahun 2006 bulan July dan mendapat segulung diploma yang aku sendiri tak tahu aku dah letak d mana
belajar tahun pertama d alam,tahun kedua praktikal di atas kapal milik MISC (syarikat yang menangung pembelajaran aku d ALAM) dan menamatkan tahun ketiga d alam....
Aku berjaya mendapatkan Lesen kelas ketiga (COC) pada bulan 9.....
Memulakan pelayaran pertama sebagai pegawai pada bulan 11 kapal pertamaku BUNGA MAS 5 yang sekarang ni berkhidmat sebagai sebuah kapal angkatan tentera laut malaysia yang bertugas mengawal kegiatan lanun d lautan somalia......
aku bertugas sebagai pegawai navigasi ketiga(malim ketiga/third officer) yang bertangung jawab mengemudi haluan kapal pada waktu aku bertugas iaitu pada jam 8pagi-12 tghhari dan 8 malam-12 tgh malam.......
ketika habis waktu tugas aku yang lain adalah memeriksa semua alatan kecemasan - menentang kebakaran dan menyelamatkan diri sentiasa d dalam keaadan baik....
Syukur pada illahi kerana memberi aku sebuah kerja yang baik......
aku bkerja d atas kapal selama 6 bulan dan akan bercuti selama 3 bulan.......
Dan sekarang ni aku bercuti selama 2 bulan..........kerana aku cuma naik kapal selama 4 bulan.....

Hari ini dalam sejarah

Alhamdulillah...... syukur ....
Akhirnya dapat gak aku buat blog untuk diri aku sendiri....
tau tau la sekarang ni budak umor 11 tahun pun dah celik it aku plak????
herm tau tentang blog ni tapi x pernah nak buat
lepas tgk kambing jantan cerita dari indonesia rasa macam ada benda gak yang kita boleh buat ngan blog ni.....
selain dari catitan harian boleh gak berkongsi pendapat dengann rakan yang baca blog kita ni
tentang aku ni x da benda yang menarik cuma aku ni seorang pelaut...
Orang tua-2 pandang profession aku ni penuh ngan ranjau
diorang selalu ckap pelaut ni pemabuk, penzina, dan macam2 lagi
Tapi bagi aku senua tu pemikiran orang tua2 yang mana zaman dulu2 memang betullah kebanyakan pelaut terdiri dari pemuda- pemuda yang bermasalah d kampung....
tapi zaman sekarang ni pelaut antara profession yang menawarkan gaji yang lumayan.....
kalau anak2 sekolah terdedah dengan profession ni mesti ramai yang nak jadi pelaut tetepi malangnya bidang kerja ni x glamour macam juruterbang,tentera polis cikgu pensyarah akauntan dan ll lagi lahh.....
itu sebab kalau kita tanaya budak sekolah nanti nak kerja apa profesion yang populor tu lah yang selalu d sebut 2
macam akujuga waktu kecik2 sekolah rendah cikgu tanya nak jadi apa??? aku jawab juruterbang.......hahha tapi pikir 2 blik gayat lor terbang tinngi ni........ tak dapat bawak kapal yang terbang skang ni aku memilih untuk bawak kapal yang belayar d lautan yang luas....